19 May, 2016

Jangan Bimbang... Rezeki Kita Allah Yang Tentukan.

Ramai antara kita yang setiap hari mengerah keringat, berkerja dan berniaga untuk mendapatkan duit untuk meneruskan kehidupan seharian. Sampai kadang ramai yang terlupa untuk sandarkan semua perkerjaan tu ikhlas kerana Allah. 

Lebih teruk ramai antara kita yang berkerja keras dan berniaga sepenuh hati siang dan malam. Tapi dengan sengaja meninggalkan solat. Dengan sengaja tak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dengan sengaja melakukan perkerjaan yang makhruh dan haram. Kekayaan wang ringgit dan harta selalu jadi penyebab kita lagi jauh dari rahmat Allah. 

CEO, Managers, Supervisors dan Teamlead bukan penentu rezeki naik pangkat ataupun berapa banyak salary increment yang bakal kita dapat tiap kali selepas appraisal. Hanya Allah lah penentu dan pemberi rezeki mutlak, jadi janganlah bimbang.

Janganlah rasa iri hati dengan kawan-kawan kita yang berjaya dalam kerjaya ataupun dalam berniaga. Rezeki Allah tak pernah salah alamat dan tak pernah salah orang.  Sekiranya Allah dah tentukan rezeki kita baik dan banyak, maka akan baik dan banyaklah yang kita akan dapat ataupun sebaliknya. Apa yang perlu kita buat, teruskan berusaha dan teruskan berdoa. 

Remember,
kalau kita lakukan sesuatu itu kerana nak dapatkan redha dan perhatian manusia, Maka kita hanya akan dapat redha dan perhatian dari manusia. 
Dan kalau kita lakukan sesuatu itu kerana nak dapatkan redha dan perhatian Allah, Maka kita akan dapat redha dan perhatian dari Allah dan dari manusia.

Lets watch this meaningful video. Mana yang baik kita jadikan ikutan dan semoga kita semua jadi orang yang terbaik dan terhebat di sisi Allah dan manusia. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...