Sambut Gong Xi Fa Cai di Kelate!

February 12, 2016

Rasanya masih belum terlambat, 
Naa and Ashraf would like to wish Happy Chinese New Year to our Chinese friends and family. 
Kami berdua ni sebenarnya ada chinese blood juga, tapi dah generasi keberapa pun tak sure. Hehe. 

May this Monkey Year brings us prosperity and happiness. 
Gong Xi Fa Cai!!!




Sempena CNY Holiday, kami sekeluarga ambil peluang Kelik Kelate. Dah lebih setengah tahun tak balik rasanya. 

Sambil bercuti, aktiviti borak business pun berjalan sepanjang di sana. Alhamdulillah,  sama-sama kongsi manfaat dan peluang tambah pendapatan sek-sek kelate kito. 
InshaaAllah, from time to time Naa akan lebih kerap lagi kelik kelate untuk kongsi peluang nego. Jadi, kepada yang berminat nak belajar, nak bual-bual dulu sambil minum air, jangan malu hello hello Naa deh! 



Ok, takmau cerita panjang hal business kat sini. Naa nak kongsikan gambar-gambar kami anak beranak kelik kelate baru-baru ni... 

Aktiviti hari pertama di Kelate, 
mommy and daddy dating berdua dulu. Di kelate, bila waktu malam, kita ronda check kawasan di Night Market, Wakaf Che Yeh! 

Oghe kelate kato, ado serbo mokniko! Hahhaha! Maksudnya... "Macam-macam ada". 


Sebenarnya, berjalan takde tujuan pun. Just looking for cool and fun stuff.  So, terjumpa la satu boat or should i call Kapal Api! 



Mainan yang dibuat dari tin minuman rasanya. Design yang dibuat menggunakan konsep asas fizik, dan engineering. Video kapal bergerak atas dulang berisi air ada Naa share di Instagram @naakamaruddin kalau nak tengok. 



Ini gambar Danial and Danish pulak main kat rumah umitok dengan Daddy. 


Selain Wakaf Che Yeh, apa yang menarik kalau nak shopping local products, boleh singgah ke Bazar Tok Guru. 
Kalau nak cari telekung, tudung dan batik, semuanya ada kat Bazar ni. Waktu kitorang ke sana, parking pun mudah. Orang tak ramai sangat, since semua sibuk kenduri kendara agaknya cuti raya cina. 

*credit to google, for the picture above 

Dalam banyak-banyak benda, Naa tertarik dengan new collection and colors for batik sarong kelantan. 




Yeayy to my new batik sarong collection! 


Selesai membeli barang kiriman family di KL, kitorang terus lajak ke arah Pantai Cahaya Bulan, PCB. 

Sebelum tu, beli Lokcing dulu! Lokcing ni, satay ikan yang dibakar and makan dengan kuah pedas manis. 
Danish makan biskut warna-warni jer cukup.



Hajat awalnya, nak minum Teh Tarik Madu Pokmat. Sampai jer kat kedai dia, punyalah penuh orang, and sampai pekerja dia bagitahu, kalau nak tunggu abang kena tunggu lagi 1 jam, kesian dekat abang. So, kami terus ke Pantai. Cari makan and minum kat sana, lagi syok ;) 


Daddy and Danish, tengah pilih apa nak makan. 



Semua jenis seafood celup tepung ada. 




Ini pula, magie telur sotong..yumss!! 



Dapat pulak air gelas besar ni, memang sangat enak, nyaman and refreshing. Sambil makan, sambil ditiup angin laut.

Inilah dia Green tea buih dan teh ais madu! 


Kalau dating berdua, bermanja berdua. Tapi kitorang dah ada anak ni, daddy la bermanja dengan Danish ;P



Habis makan, ambil angin sambil jalan kat tepi pantai. Semua pantai yang dulu-dulu boleh mandi dah tak ada kat sini. Semua dah jadi tembok batu, dan ombak sangat kuat. Bila berjalan, angin sangat sejuk and tempias air ombak boleh rasa kat muka. Feeling ala-ala kat oversea pun ada. Hahaha, padahal kat kelate jer..



Hubby said, gambar ni punya view nampak macam kat pantai belah Arab pun ya. 


Danish's expression is priceless! 
He was so excited, asik cakap "air..air.." 



On the way back, Danish dah merengek takmau balik.Nak ajak main pulak..
Next time, kita datang lagi ok adik. Ajak abang yang taknak ikut kita tu. Huhu. 

Selain shopping, memang acara wajib di Kelate ialah jale-jale cari make! 
On the way ke Kota Bharu, dari arah Machang..ada satu  kedai nasi kerabu yang famous dekat Ketereh. So, kitorang try berjaya singgah makan di Warung Su Nasi Kerabu. You all boleh cari kat waze jer kalau nak cuba nanti. 

Kami makan, nasi kerabu tumis + daging bakar + telur masin + solok lada. 


Memang betul sangat, Nasi Kerabu tumis ni sangat sedap! Sampai hubby tambah lagi sepinggan. 

Kalau sebelah malam pula, Naa just keluar makan area dekat Tanah Merah. 

Ada colek perut..dan ada juga kedai nasi lemak ayam puyuh special. 



Semua pun sedap! 
Inilah bahayanya kalau kelik kelate. 
Asik makan-makan jer. Nasib baiklah mineral coffee and garlic tablet Naa bawa kemana-mana. Jadi perut tak mudah meragam, and senang proses untuk detox. Premium Beautiful corset memang sah-sah wajib pakai juga. If not, makan lagi tak terkawal. 

Ok, sampai sini sahaja cerita kelik kelate kali ini. 
InshaaAllah, kami kelik lagi! 


" Walau sejauh mana kaki melangkah, jangan pernah lupa asal-usul.
Walau setinggi mana terbang di langit, jangan pernah lupa bumi dipijak. "

- Naa Kamaruddin, anok kelate - 

You Might Also Like

0 comments

Like Me on Facebook

Follow @naakamaruddin on Instagram