22 August, 2014

Raya 2013 Kami Bertiga, Raya 2014 Kami Berempat

Sebelum SYAWAL berlalu, 
sempat lagi rasanya nak ucapkan kepada semua yang setia membaca blog NaaKamaruddin..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
Maaf Zahir Batin
Naa dan keluarga mohon maaf diatas semua salah dan silap kami, jika ada terkasar bahasa atau ada menyinggung perasaan sesiapa selama ini.


Naa nak share juga kat sini, few pictures taken on 1st Syawal.
Tahun ini, giliran beraya di Ampang dahulu
dan KAMI BERAYA BEREMPAT, Alhamdulillah :)


Inilah hasil bergambar tahun ini.
Sebenarnya, waktu berdua paling mudah nak bergambar, bila bertiga susah sikit, dan bila berempat..quite impossible untuk dapat perfect family photo :')
Masa ni, adik dah menangis, Abang Danial pulak merajuk nak main camera daddy. Adoiii, pening mommy ok!


Kat atas ni, 
boleh tengok muka Danial yang merajuk and boleh lalu lalang depan camera.

For Danish Yusuf, inilah Raya pertama.
He's wearing baju melayu romper. Mudah and practical for baby.


Daddy Ashraf Naserudin and Abang Danial's Baju Melayu memang tempah awal-awal lagi tahun ni. My modern kurung pun tempah sekali and apa yang special, it is "Breastfeeding/Nursing Friendly". Ada hidden zip,untuk mudahkan kaum ibu-ibu menyusu ni, hehe.



Kami berempat bersama Maktok.


Together with Along's family..


Maktok dan cucu-cucunya..now dah ada 6 orang.
Kalau semua berkumpul memang kecoh satu rumah. Kalau bergaduh, lagilah kecoh bunyinya. But, all of them memang rapat sebab selalu jumpa.


Last one, 
kami semua bersama Makteh and Ayin!



Dah selesai bersalaman raya, bergambar, kami semua ke kubur untuk ziarah arwah Papa. We miss you a lot Papa. Semoga Papa sentiasa tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman InshaAllah, amin.
*AL-FATIHAH*


Untuk Hari Raya seterusnya, 
kami balik ke Kelantan. Triple celebration untuk tahun ini:
Hari Raya + 5th wedding Anniversary + my birthday
all at once!
Alhamdulillah, 
kali ini dapat celebrate dengan keluarga di Kelantan.


I will update more pictures from Kelantan in my next post.
:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...