Macamana nak renew lesen memandu dah mati

October 13, 2021

13 October 2021..
Genaplah 2 bulan 10 hari lesen dah mati and baru harini berjaya RENEW selepas beberapa kali cubaan. 


Alang-alang selangor mula takde air lagi harini, terus bangun awal lepas subuh dah mandi and terus lajak keluar ke JPJ Wilayah (near Danau Kota, Setapak) untuk cubaan renew driving license kali kedua kat sini. 
Last week dah cuba sekali, tapi tengokkan line panjang berlingkar-lingkar terus cancel ajer niat tu. Risau jugak nak bersesak ramai and lama-lama, dah lah musim covid. 

Harini berjaya sampai awal pagi tadi around 8:15am, nampak line tak berapa panjang sangat. Tips nak tahu ramai ke tidak..tengok pada parking .......




Time beratur ni pun dah memang ramai, tapi masih nampak lagi sinar harapan untuk complete awal. 

JPJ Wilayah ni start beroperasi pukul 9:00am to 1:00pm. Rehat sejam dan start balik 2:00pm to 4:00pm. Tapi dinasihatkan untuk datang awal, time pagi masih sejuk. So takdelah rasa panas sangat nak beratur lama-lama.

Oh, jangan lupa untuk make sure beratur di line yang betul tau! Kat JPJ Wilayah ni ada 2 lines dan untuk renew license korang kena beratur di LINE 1 (Pintu 1). Kiranya line ni akan menuju ke pintu bahagian bawah dan just next to pintu customer service.

Husband teman beratur dari 8:15am sampailah Naa dapat masuk at 10:10am. Almost 2 hours beratur tau! Kalau ikutkan hati memang nak balik jer terus. Tapi, bila pula nak datang and renew lagi.

Ohya, time beratur tadi, ada pegawai JPJ yang datang dan distribute nombor giliran (kad) pada kitorang yang tengah beratur. Which is good, makin dekat kitorang dengan pintu nak masuk makin ramai lah pula yang cuba nak cilok and potong queue. Make sure status MySejahtera you all low risk, if not dia takkan bagi masuk.

Before masuk kena scan MySejahtera dulu, ambil suhu dan terus ke kaunter untuk ambil nombor giliran untuk renew lesen. 

Untuk korang yang dah memang ada rekod JPJ, just bawa kad pengenalan dan lesen. Gambar? Tak payah. Just guna gambar yang sedia ada dalam rekod JPJ je. Tapi kalau korang rasa nak ambil gambar baru, boleh jer request. Cumanya masa menunggu akan jadi lebih lama. 

Bayaran boleh dibuat by cash/tunai, debit atau kredit kad pun boleh. Cuma kalau belah petang (lepas rehat), hanya bayaran melalui kad debit dan kad kredit sahaja.

Berapa Harga Renew Lesen Memandu ?

1 Tahun = RM30
3 Tahun = RM90
5 Tahun = RM150

So, alang-alang dah tunggu beratur lama sampai ketiak basah. Renew je lah 5 tahun terus! If not, setiap tahunlah kita kena mengadap situasi yang sama time nak renew lesen ni.

For more details, boleh check out this link below:

Untuk yang malas nak beratur panjang and lama, you all boleh je cuba renew di website MyEG. Daftar masuk and klik klik je dah settle.

Jangan lupa untuk check driving license korang still valid lagi atau pun dah expired ya. Maklumlah lama tak keluar rumah seperti biasa. Dan jangan lupa untuk renew Roadtax dan Insurance kenderaan korang juga. 

You Might Also Like

0 comments

Like Me on Facebook

Follow @naakamaruddin on Instagram