07 April, 2015

..the tears and joy in March


Happy Birthday to my dearest hubby, 
Ashraf Naserudin! 

Sorry tak dapat nak celebrate sangat pun this time, and yes.. No cake this year ;( only lamb rack for you at Me'nate.


This time, nothing fancy or special, sebab tak sempat nak prepare anything for his big day. The night before, kitorang baru jer balik dari Kelantan. My beloved nenek, Mok baru meninggal 2 days before ashraf's birthday. So, me and family semua balik ke kelate untuk ziarah dan tahlil.

Alhamdulillah, sempat jumpa jenazah sebelum dikebumikan. Paling tak boleh lupa, how she used to spoilt me as cucu yang tersangat manja, selalu urutkan kaki  ni, selalu buatkan air for me, and setiap kali masak ayam mesti dah spare drumstick for me. Mok memang seorang yang garang, tapi sangat penyayang pada anak dan cucu cicitnya.

The last pesanan from her, masa jumpa di KL about 2 weeks before she passed away..
"Naa, kena beranak lagi ni, kena ada anak tino pulok lepas ni"

Naa akan ingat pesan tu Mok, dan akan sentiasa ingat Mok.
Al-Fatihah..


The day after, 
sempat jugak bawa anak-anak singgah Rantau Panjang before balik KL. Actually, ni la first time Naa balik ke Kelate, after stranded masa banjir last time. Danial masih ada fobia lagi and asik tanya pasal banjir. 

Dekat Rantau Panjang, memang masih nampak kesan banjir besar. Kawasan pasar lama dah dirobohkan terus, and mereka dah pindah ke bangunan baru. 

Tengah panas-panas tu, jumpa topi murah RM8 satu for Danish. Suka sangat topi ni..And just look at him, macho tak ;) 


Kami beli lokcing, mommy's favorite food dari zaman sekolah rendah



Back at umitok's house..budak dua orang ni dapat free gift sumbangan untuk mangsa banjir, the giant kelambu. Memang seronok main la kan derang ni. Danial, kalau balik kampung takkan lekat kat rumah sebenarnya. Asik main dengan my younger cousins, a.k.a. makcik-makcik dia. 

Actually, keadaan rumah umi ni pun masih banyak belum dibaik pulih. Banyak harta benda rosak dan terpaksa buang. Lantai pun masih terasa kesat dengan kesan lumpur.
Hampir semua photo frames rosak, kenangan gambar with my friends from utp semua dah buang, sedih sangat!



Malam tu, baru kami bertolak balik semula ke KL. 
Keesokan harinya, we celebrated daddy's birthday at 
Me'nate Steak Hub, Setapak. 

Apa yang bestnya, kitorang pergi during lunch time. Sebabkan hari orang bekerja, memang tak ramai. 




These are the meals we had..

Bolognese with sausages for Abang Danial


Free flow drink for adik Danish ;p hehe..


Super yummy+delicious beef ribs for mommy 


Special Lamb Rack for Daddy, the birthday Boy! 


Semua pun memang sangat sedap! 
Memang tak salah pilihan nak makan kat sini. Sebelum ni tengok and dengar jer pasal ramai-ramai suka makan dekat sini. Memang betul la, puas hati and highly recommended. 



Again, 
happy birthday to you Daddy Ashraf Naserudin, 
happy birthday to you bee, 
happy birthday to you love. 

Thank you for being the best buddy, hubby, and daddy kepada kami anak beranak. WE LOVE YOU so much! 
Semoga you sentiasa sihat dan kuat nak jaga kami, 
semoga dimurahkan rezeki yang banyak dan diberkati, 
dan semoga dipanjangkan umur untuk menjadi imam yang terbaik buat keluarga InshaAllah, 
Amin. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...