House of Nasi Kerabu - H.O.N.K.

October 29, 2014

Kalau dah nama oghe kelate, selera memang asik mencari apa sahaja yang berkaitan dengan makanan kelantan. 

Nasib baiklah duduk KL ni, boleh kata mudah jugak cari kedai kedai masakan kelate. Cuma, pilihan yang ada kadang-kadang tak bertepatan dengan rasa asli makanan kat kelate. And, ada yang paling tak patut dijual pada harga yang sangat mahal, sebab susah dapat di KL. 
Biasa la tu kan? 

So, bagi peminat Nasi Kerabu..Naa memang recommend untuk cuba di House of Nasi Kerabu
Yang Naa pergi ni, dekat Prima Sri Gombak, berhampiran dengan Old Town White Coffee dekat area situ. 



So, ini hidangan Nasi Kerabu Nara (asal dari Narathiwat), ini paling simple punya meal.. 
Ada nasi kerabu biru, ulam kerabu, kerabu kelapa+ikan, pilihan daging/ayam bakar, cili/sambal lado, telur masin/telo jeghuk dan of course wajib ada budu kelate! 


Bagi yang tak biasa makan nasi kerabu, tak sure nak makan semua ni macam mana. So, cara paling mudah, wajib pakai tangan, bukan fork and spoon ya ;) 
Kemudian, gaul semua ulam, kerabu, keropok, budu, dan sikit cili sahaja secukup rasa kalau taknak pedas. Bila dah gaul rata semua dengan nasi, then makanlah macam biasa dengan telor masin dan juga lauk ayam/daging bakar. YUMSSS!! Jangan lupa baca doa makan, mulakan dengan Bismillah.. :) 

Ini pilihan air yang Naa ambil, 
Teh Tarik Madu Ais! 
Memang sedap, cuma tak boleh lawan dengan rasa original Teh Tarik Madu Pokmat yang ada di Kelate. Itu memang wajib cuba bila anda ke Kelantan ya. 



For Hubby, he had Nasi Kerabu Nara with Lamb Chop! 



Mama pulak makan Nasi Kerabu Nara with Ayam Percik! 


Danial had Roti Hamlet sahaja..and adik Danish rasa-rasa apa yang kami makan sikit-sikit jer. Hehe. 


Besides Nasi Kerabu Nara ni, ada banyak lagi juga pilihan makanan kelate yang ada di House of Nasi Kerabu ni. 

Antaranya ialah...

Nasi Kerabu Tumis, warna kuning



Nasi Dagang bersama gulai ikan tongkol



Nasi Belauk Kelate



Nasi Kukus, ayam Nara



Hmm, Naa yang tengah update gambar sekarang pun rasa terliur balik nak pergi makan. Haha, boleh tak? 

So, to those yang nak cuba Nasi Kerabu boleh cuba ke HONK di Prima Sri Gombak ataupun ada new branch di Shah Alam juga.

You can also follow HONK's instagram here



Naa yang tukang promote ni takde commission satu sen pun. But i just love to share apa yang sedap kan. And boleh dijadikan pilihan bagi warga KL/selangor untuk hilangkan rasa rindu nasi kerabu kelate kita :) 

Selamat Mencuba ya! 

You Might Also Like

0 comments

Like Me on Facebook

Follow @naakamaruddin on Instagram