04 July, 2014

KUIH MANIH LETING KELATE!


Bulan Ramadhan, semua orang paling suka cerita pasal makan makan dan makan. Sudah jadi kebiasaan, semua akan mula mengidam nak makan itu dan ini.

Jangan kata preggy mommies jer yang ada mengidam, but kita semua pun akan teringat nak makan benda yang kita suka dari kecil. Anok kelate macam Naa pulak memang asik teringat nak balik kelate jer la bila tiba puasa dan raya ;P


Kelantan memang terkenal dengan kepelbagain makanan dan kuih muih yang sedap-sedap.
So as promised, jom kita jamu mata dengan kuih-muih kegemaran Naa dari Kelate!


My No. 1 Favorite dari zaman kecil dulu,
JALA EMAS.
Susah nak dapat kuih ni, dan memang antara kuih yang mahal juga :) Dari segi rasa, memang manis sangat, dan lebih kepada rasa telur. Kalau orang tak biasa makan, mungkin tak berapa boleh terima juga.


Ini pula, KETUPAT SOTONG!
Rasanya manis sangat juga dan rasa sotong bersama pulut. Ini pun susah nak jumpa di KL dan sangat mahal. Kalau dekat rumah Kelate, memang kami masak sendiri jer. Lagi puas makan, bila buat banyak-banyak. 




Ini kuih CARA.
Yang ini banyak dan mudah cari di KL. Ada air gula kat dalam kuih ni. Kalau kecil-kecil dulu, Naa pernah masak sendiri dengan umi dekat rumah. Bila buat sendiri tu, Naa akan masukkan gula banyak sikit daripada kat kedai punya. Lagi manis, lagi sedap. hehe..


Yang ini, umi paling suka belikan untuk Naa. Arwah MaTok pun pernah masakkan sendiri di rumah. Kitorang panggil nama kuih ini, SRI KAYA.
Kaya dengan rasa telur, dan sedap. Lebih kurang macam puding gula hangus pun ya jugak.


Yang ini, semua pun kenal dan tahu. 
KUIH AKOK!
Kata orang, lagi banyak kedut lagi sedap akok tu.
Sebab yang kedut tu, banyak telur dari tepung. Rasa akan jadi lebih lemak. And for me, Naa suka yang macam ada kesan hangus garing sikit.



Ini namanya kuih CEKMEK MOLEK :)
Naa pernah tolong Maklong buat kuih ni dekat rumah. 
Rebus ubi kuning tu, rasanya 'ubi stelo' namanya.
Then kena lenyekkan isi ubi sampai hancur, kemudian uli dengan tepung. Lepas tu buat bentuk bujur, penyekkan dan letak gula tengah-tengah. Balut dan tutup semua gula tadi, dan ianya siap untuk digoreng.
Lagi banyak air gulanya nanti, lagi sedap.




Haaa, yang ini siapa tahu nama dia apa? Rupa macam kuih bahulu, but strukturnya lembap dibasahi air gula yang manis.
Ini, namanya NEKBAK!
Naa tak berapa minat kuih nekbak, but umi suka makan ni.


Seterusnya, ini namanya CUCUR!
Naa paling suka makan ni masa zaman sekolah rendah. Part yang rangup garing dekat tepi paling sedap. Yang tengah dia tu, macam gebu-gebu. This is hard to find dekat KL.



Ini pulak, kuih yang banyak jumpa di KL. Dulu masa di asrama, dekat TKC Naa tak suka makan. But now I really love it! 
KUIH KERIA namanya, but orang kelate panggil kuih badok.



Yang ini bukan putu piring, but this is PUTU HALBA!
Dibuat dengan ubi kayu dan gula merah/nise.
Yang ini Naa tak pernah jumpa di KL. Di Kelate pula, kalau musim tengkujuh tiba..banyaklah orang akan jual putu halba.
Masa pregnant Danish Yusuf, Naa punyalah mengidam nak makan ini, tapi sampai sudah tak dapat ;(



SIRA = masak dengan air gula!

Ini SIRA LABU. Susah nak jumpa, but Naa paling suka makan ini bila time kenduri/bekwoh.
Ini salah satu dessert yang ada bila kenduri di Kelate.



Ini pula SIRA PISANG.
My favorite, haruslah guna Pisang Nangka!



Last yang Naa nak kongsi ialah PULUT BANGKOK!
Yang ini, masa kecil dulu tak pernah jumpa dan tak pernah makan. 
Mungkin belum sampai di Kelate agaknya, from Bangkok la katakan ;P haha




Occay, that's all for now.
Selamat mencari kuih-muih ini untuk rasa sendiri dan juga boleh google for recipe.

Semua yang di atas memang antara kuih favorite Naa.
Dan semestinya semua kuih kelate ni, manis-manis sangat. Kalau ikutkan tak boleh selalu makan tau, nanti kencing manis jadinya. 


*sumber gambar dari GOOGLE search, terima kasih mr google*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...