31 January, 2012

PELUANG yang datang tanpa kita sedari..


To all my lovely readers..
Sorry sangat, asik lambat jer update blog lately.
I've been busy with premium beautiful business, entertaining clients, and helping out business partners yang nak cukopkan ticket ke Vietnam.
Tomorrow is the final closing date!!!~

CONGRATS to all Vietnam Qualifiers..
This march..sama2 kita enjoy our first FOC trip together with the GREEN team, under Hanis Haizi.
Alhamdulillah..sasaran nak bawak ramai2 business partners for my 3rd FOC trip, berhasil!
:) 


For this post..
I just want to share a short story, 
untuk kita sama2 renungkan dan ambil pengajaran yang baik..INSYAALLAH.
.
.
.


Seorang pengembara sesat disebuah bandar lama..
Berbekalkan 500 dinar, 
dia berjalan ke seluruh pelusuk bandar untuk mencari makanan, 
namun tak satu kedai makan pun wujud di bandar tersebut.

Tanpa rasa putus asa, 
Lelaki tersebut berjalan lagi ke bandar berikutnya, 

Di pertengahan jalan, 
Dia bertemu dengan seorang penjual tali leher,
"tali leher ini sgt bagus, tak mahal hanya 2 dinar sahaja. Tuan belilah"

Jawab si lelaki tadi, "Tak mengapalah,
aku tidak memerlukannya. Buat masa ini
aku hanya perlukan makanan dan tempat untuk berehat."

Lalu, si penjual
memberitahu ada sebuah hotel yang 
menyediakan makanan yang enak
dan penginapan yang sangat selesa
di bandar berikutnya

Setelah sehari berjalan,
akhirnya dia sampai.
Tapi, setibanya di pintu masuk hotel,
Si pengembara ditahan oleh penjaga pintu.


"Maaf tuan,
tiada siapapun dibenarkan masuk melainkan 
yang memakai tali leher", kata si penjaga pintu.


"Oh, di mana saya boleh beli?", tanya si pengembara.


"Di kedai seberang jalan ada 
dan harganya 500 dinar sepasang.
Tapi, tuan boleh saja membelinya
dengan harga 2 dinar dari penjual tali leher
di pertengahan jalan ke sini." 
jelas si penjaga pintu.


Memandangkan si pengembara
hanya punya 500 dinar,
Dia tidak punya pilihan lain.


Dengan rasa hampa,
Si pengembara berjalan ke tempat
si penjual tali leher
yang dia temui pada awalnya tadi.



Di sebalik kisah diatas, apa yang boleh Naa ulaskan kat sini..

Kadang-kadang, matlamat atau impian kita dihadapan memang sudah tersedia dari awal..dan dari awal kita jumpa kunci kepada pintu kejayaan tersebut.

Tetapi, disebabkan kita terlepas pandang, atau memandang remeh pada kunci kecil itu,
kita lepaskan ia berlalu tanpa kita sedari.
Akhirnya..bila dah nampak peluang besar yang boleh kita capai tu depan mata, kita terpaksa mencari balik jalan yang asal, untuk mecari kunci itu tadi.

Cuba bayangkan, kalau kunci itu sudahpon berlalu dan tak kembali..
Adakah masih ada peluang yang sama untuk kita temui kunci itu?




If ada yang tak berapa faham mesej disebalik kisah pendek ni..boleh call Naa anytime for detail explanation..
;)

012 - 284 4960

2 comments:

  1. Thanks! just sharing from my own experience ;)
    kadang2 kita terlepas pandang, peluang yang baik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...