07 March, 2016

Ayam Goreng Halia Masam Manis by Naa


This is one of my favorite version of Ayam Goreng Halia. I tried to immitate the original version of Ayam Goreng Halia from Restoran Kak Mah Budiman di Tanah Merah, where I grew up. 

Since dah duduk jauh dari kampung, jadi kenalah belajar cipta resipi sendiri. Hehe. And this is how my umi masak ayam goreng halia juga. Bermula dari duduk dekat UTP apartment, Naa cuba masak ni dengan my housemates and they really liked it. 

At first, Naa ingat dah pernah share this recipe dekat blog, tapi bila cari-cari tak jumpa pulak.
So, here goes the simple recipe, Naa kongsikan dengan semua yang rasa nak cuba; 

Bahan: 

1. Ayam separuh ekor.
2. Bawang putih 3/4 ulas
3. Bawang besar 1 biji
4. Cili besar merah
5. Halia seinci. 
6. Sos Tiram, Sos tomato, sos cili, kicap manis. 
7. Garam Buluh masak / bamboo salt for cooking 

Cara masak: 

1. Goreng ayam, dan letakkan ketepi dahulu. 

2. Tumbuk bawang putih dan 1/4 biji bawang besar, dan sedikit halia sehingga lumat. 

3. Hiris lebihan bawang besar, cili merah, dan juga halia. 

4. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi dan hirisan halia sehingga garing.

5. Tambah sos tiram 2 sudu, sos tomato 2 sudu, sos cili 4 sudu, dan kicap manis 3 sudu. 
(Boleh sesuaikan ikut citarasa masing-masing)

6. Kacau tumisan dan sos-sos tadi sehingga rata, dan boleh tambahkan air sedikit untuk pastikan bawang cukup dimasak. 

7. Bila mendidih, tambah hirisan bawang besar, dan cili merah. 

7. Tambah garam buluh 1 sudu teh atau secukup rasa. Gaul rata dan pastikan sos cukup masak, dan pecah minyak. 

8. Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata. 

Siap dihidang! 

Selamat Mencuba Resipi Ringkas dari Naa ;)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...