8 SIMPLE TIPS/CARA NAK PROMOTE BISNES ONLINE SECARA PERCUMA

March 25, 2016


Ramai yang bertanya pada Naa, macam mana nak buat netizen khususnya FBian kenal siapa kita and produk apa kita jual tanpa kita jadi terlalu 'mencapub' dalam internet. 

All these 8 tips Naa belajar dari banyak sumber. Actually banyak lagi, tapi cukuplah 8 ni dulu untuk kita sama-sama hadam. Next time, Naa share lagi ok.😊


Bila nak mula bertapak dalam internet,
social media presence antara element penting
kita kena ambil tahu.

So, jalan singkat adalah dengan 
UMPAN netizen-netizen dalam fb, ig, twitter and etc
dengan peraduan/contest yang diorang boleh join and menang something. 
Ada juga yang umpan dengan kasi
top up prepaid and so on. So be creative. 

Biasakan diri tu bila buat artwork untuk iklan ke,
profile ke or produk sekali pun.
GUNA gambar yang besar and sharp!

Kot ye pun nak ambil from google, carilah yang pixelnya besar (cth: 1000x1000) so that after korang edit gambar masih cantik.

Kalau boleh, polish lah skill mengedit gambar kita sendiri untuk jadikan artwork. Bonus point disitu sebab kita tak tiru or ciplak artwork orang lain. 

Phone sekarang dah terlampau maju.
Tak payah dah nak ambil video guna camcorder.
Even video trip Naa ke Osaka, Japan hari tu pun 90% ambil pakai built in camera depan & belakang Iphone6 je. 

Video on self, business and products memang tengah 'in' sekarang ni. Ramai orang sekarang malas nak baca description panjang berjela. Dorang lebih rela tengok video and dengar explanations. 

Benda yang Naa sendiri pun jarang buat😂.
Honestly, siapa yang rajin update gambar cover photo or even gambar profile korang setiap kali ada special event ataupun perayaan? Sila angkat tangan sikit nak tengok berapa ramai.😉

Apepun bila korang rajin update cover photo, clients, potential clients and followers akan notice and automatically tahu account korang ni masih active and bukan tempat parking 'shared posts'.

Online presence kita mesti kena jaga. 
If not, clients dan bakal clients akan rasa yang kita ni bisnes suam-suam kuku. So, sentiasalah jadi rajin untuk update account or page korang dengan info yang menarik dan terkini. 

*hint: if korang tetiba rasa 'mental block', korang korek balik post yang lama-lama and 'repost' semula. Ala, followers bukannya nak hafal sangat semua post-post korang :P

Yup, sentiasa gunakan hashtag yang betul and terkini.
Dan paling penting, hashtag dengan post/gambar
tu kena lah saling berkait.
Janganlah gambar korang tengah makan nasi,
tapi letak #peluangbisnes. Takpun gambar korang tengah
tunggu anak balik di gate sekolah, korang letak #sayajual.

Memang gambar korang akan cepat orang notice,
tapi untuk long term hanya akan memburukkan nama dan bisnes korang sahaja. At the end of the day, ramai yang akan mula menyampah and block korang.

Korang boleh check out these sites untuk tengok #hashtag apa yang tengah popular


Dah nama pun berniaga,
mestilah kita pun nak tunjukkan kebaikan
produk yang kita jual. 

Tapi janganlah dari 1st page sampai hujung semuanya
update tentang product sahaja. Bernanah mata client korang
tengok sambil muntah darah. Sebaiknya, selang-seli
kan dengan gambar/info berkait dengan produk korang tu.
Contoh, if jual minuman kesihatan, updatelah sekali tentang
dari mana datang air bersih or apa kebaikan mineral yang ada dalam air yg korang jual tu. 


Semua orang suka tengok benda yang cantik,
so designlah artwork iklan korang tu elok-elok.
Iklan yang cantik, jelas dan simple menarik lebih ramai client berbanding iklan yang serabut penuh bertepek nombor telefon dan logo kumpulan perniagaan. 

Walaupun account, page or blog korang tu
memang khas untuk menjual produk.
Janganlah sempitkan sampai situ sahaja.

Internet ni tempat orang cari idea, 
motivasi, inspirasi dan macam-macam lagi.
So gunakan kelebihan ni to your advantage.
Share je quotes and gambar yang memberi semangat
dan inspirasi, for sure orang suka. 



Itu je for now,
So please Like and Share this post
if korang rasa boleh beri manfaat pada rakan
korang yang lain. Till next time!




You Might Also Like

6 comments

Like Me on Facebook

Follow @naakamaruddin on Instagram