Daging Gulai Kicap - umi's recipe

November 12, 2015

This is one of my all time favorite dari kecik dulu sampai sekarang. Everytime pregnant, wajib nak makan masakan dari umi yang ni. So, i decided untuk belajar masak sendiri. So far, dah banyak kali try juga and Alhamdulillah makin menjadi, and sedap ;) 




Naa dah share few times gambar masakan ni, and setiap kali mesti ada tanya resipi. Sorry for delaying, but here goes the simple recipe..


INGREDIENTS

- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar ( naa tak pakai bawang merah kecik setiap masakan, dah biasa pakai bawang merah besar tu jer terus ) 
- 1/2 inci halia atau sebesar jari kelingking pun boleh la juga :)
- 1 sudu besar cili boh ( kalau korang rajin, boleh blend cili kering, for me terus beli cili boh jer mudah ) 

* Semua bahan di atas terus blend/kisar. 

- 5 rempah:
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, cabe, pelaga

- kicap Manis
- asam Jawa
- 1 biji ubi kentang
- daging 

HOW TO COOK? 

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan 5 jenis rempah tadi. 
2. Masukkan bahan blend tadi dan tumis sampai garing. 
3. Tambah kicap manis, sedikit asam jawa, garam, dan gula secukup rasa. 
4. Masukkan daging, dan tambahkan secawan air. 
5. Setelah air mendidih, boleh masukkan ubi kentang, dan kalau nak tambah cili besar pun boleh. 
6. Masak sehingga daging dan kentang betul-betul empuk. 
7. Jangan lupa untuk rasa kuah tadi, jika perlu, tambahkan garam/gula mengikut citarasa. 

Now, siap masak, boleh hidang. 

Kalau masak daging, Naa memang suka beli daging batang pinang untuk pastikan dagingnya lembut dan senang masak. 

Resipinya mudah jer, cuma part rasa dia tu kinda hard to replicate kalau korang tak pernah rasa. But u can always try and buat ikut taste or citarasa tekak masing-masing ok. Yang penting korang suka.

SELAMAT MENCUBA! 




You Might Also Like

2 comments

  1. Xperlu masuk rempah gulai @ kari? Santan pun xperlu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tak perlu. semua bahan-bahan seperti dinyatakan sahaja :)

      Delete

Like Me on Facebook

Follow @naakamaruddin on Instagram